ABOUT US!

Hoşgeldiniz! Selamat Datang ke BenangKait.Com!


BenangKait.Com adalah stor online menjual benang-benang kait pertama di Malaysia! Kami menyediakan pelbagai jenis benang kait, seperti benang kait cotton, linen, pure wool, angora, akrilik, chenille, fancy dan banyak lagi!

Semua benang yang dijual di laman web ini adalah secara borong, iaitu setiap paket/lot mengandungi 4/6/8 buku benang, dan harga yang ditawarkan adalah sangat berbaloi untuk anda miliki!

Benang-benang di BenangKait.Com majoritinya adalah keluaran jenama IceYarns, iaitu di antara pengeluar benang kait Turki yang popular masa kini. Semua benang adalah buatan tempatan Turki dan semua pesanan akan dipos direct dari Turkey ke Malaysia, atau ke mana-mana destinasi anda. 

Jangkamasa yang diambil untuk penghantaran adalah dalam lingkungan 7 - 21 hari bagi penghantaran antarabangsa, dan kami akan menghantar pesanan berdaftar menerusi PTT (Turkish National Post). 

Jika anda ingin membeli dalam kuantiti yang kecil, kami menyediakan satu lagi laman web benang kait iaitu di Mengait.Com. Di sini anda boleh mendapatkan jenis benang dalam kuantiti yang diperlukan sahaja dan kami juga menjual peralatan mengait seperti jarum kait, kit dan sebagainya.

Jika anda masih baru dalam dunia mengait jarum dua, pelajari asas mengait knitting atau mengait jarum dua di blog kraf kami: http://ayzastudyo.com/?p=480

Terima kasih kerana mengunjungi BenangKait.Com dan jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan  produk kami, sila hubungi kami di mengait@gmail.com.

Salam mengait buat semua!

Regards,
BenangKait.Com Team